Soalan Temuduga Penguasa Kastam Dan Jawapan.

oleh Cikgu Khairul

Soalan Temuduga Penguasa Kastam – Adakah anda mencari contoh soalan temuduga penguasa kastam? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda.

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi.

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya mendapat panggilan temuduga ini.

Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga penguasa kastam ni?

3 Topik Soalan Temuduga Penguasa Kastam

Secara asasnya, terdapat topik utama akan ditanya oleh panel temuduga dalam sesi temuduga penguasa kastam, iaitu:

  • Soalan tentang diri anda.
  • Soalan berkaitan jawatan.
  • Soalan berkaitan kementerian dan jabatan kastam.

Soalan Tentang Diri Anda

Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri. 

Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, tapi lebih kepada hendak melihat cara anda bercakap.

Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain.

“Sila perkenalkan diri awak”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Izzat bin Ismail. Walaupun kecemerlangan akademik adalah salah satu kelebihan saya, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah saya dulu.

Saya memiliki minat yang mendalam dalam aktiviti sosial dan kegiatan luar kelas kerana ia membentuk keperibadian dan keterampilan saya.

Dengan sikap berdisiplin dan amanah yang saya miliki, saya yakin saya dapat melaksanakan tanggung jawab dengan baik dalam jawatan ini.

Tip menjawab: Fokus jawapan yang menjurus ke arah penguasa kastam dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri anda.

Selepas panel dengar jawapan perkenalkan diri, mereka suka bertanya tentang perkembangan semasa tentang diri anda.

“Apakah kerja sementara yang awak lakukan sebelum ini?”, tanya panel temuduga.

Selepas menamatkan peperiksaan SPM, saya berkesempatan bekerja sebagai juruwang di kedai milik pakcik saya.

Selama di sana, saya mengasah kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai jenis pelanggan, memupuk kesabaran dalam menangani karenah mereka, serta mendapatkan pengalaman dalam membuat keputusan yang tepat dan pantas.

Saya yakin, pengalaman ini memberikan asas yang kuat bagi saya untuk berinteraksi dan berurusan dengan masyarakat dengan lebih efisien.

Dan saya percaya pengalaman ini amat berguna untuk menjadi jawatan kastam ini.

Tip menjawab: Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam penguasa kastam.

Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.

Soalan Berkaitan Jawatan.

Berdasarkan kepada pengalaman calon sebelum ini, panel temuduga bertanya kepadanya kenapa dia berminat dengan jawatan ini.

“Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan jawatan penguasa kastam ni?”, tanya panel temuduga.

Pertama sekali, saya mempunyai minat yang kuat dalam bidang undang-undang, perdagangan antarabangsa dan pengurusan kewangan. Pejabat Penguasa Kastam ini, yang merangkumi penyeliaan dan pelaksanaan undang-undang kastam dan kutipan eksais, adalah persilangan antara semua kepentingan saya.

Saya melihat ini sebagai peluang untuk menggunakan pengetahuan saya dan pada masa yang sama, mempelajari dengan lebih mendalam tentang aspek kritikal yang membentuk ekonomi negara kita.

Tapi pertanya ini tidak terhenti di situ sahaja. Sebab setiap orang boleh claim apa-apa sahaja yang mereka suka. Kata minat, tapi belum tentu minat tu betul-betul wujud.

Apabila panel temuduga berpuas hati dengan jawapan anda ini, panel akan bertanya pula tentang skop tugas jawatan.

Pastikan anda tahu skop tugas kerana itu akan menjadi bukti sejauh mana minat anda terhadap jawatan penguasa kastam itu.

“Sebagai seorang penguasa kastam, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.

Sebagai seorang penguasa kastam, tugas utama saya ialah memastikan pengumpulan cukai dilakukan dengan efisien dan efektif. Saya akan bekerja secara langsung dalam proses pengumpulan dan pengurusan cukai yang melibatkan import dan eksport barangan, yang merupakan salah satu sumber utama pendapatan negara.

Saya juga bertanggungjawab untuk memberikan fasilitasi kepada sektor perdagangan dan industri. Ini bermaksud saya akan berada di barisan hadapan untuk memudahkan urusan perdagangan lintas negara melalui proses kastam yang lancar dan mematuhi semua peraturan yang berkaitan.

Dalam menjalankan tugas-tugas ini, saya akan sentiasa mengutamakan pematuhan terhadap perundangan kastam yang sedia ada. Ini bukan sahaja untuk memastikan bahawa semua barangan yang masuk dan keluar dari negara kita adalah sah dan tidak melanggar undang-undang, tetapi juga untuk melindungi kepentingan ekonomi, sosial, dan keselamatan negara kita.

Kebanyakan calon akan gagal dalam temuduga penguasa kastam ini disebabkan mereka tak tahu apakah skop tugasan mereka akan lakukan nanti.

Minat memang penting, tapi minat sahaja tidak cukup untuk mengukur kesungguhan seseorang itu dengan jawatan. Jika skop tugas pun tak tahu, cukup membuktikan tiada kesungguhan seseorang calon itu dengan jawatan yang mereka minat.

Selain itu, antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa sesi temuduga ialah:

  • Apa persediaan awak baca hadir temuduga?
  • Apa yang awak faham dengan tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19?
  • Apakah ciri-ciri yang ada pada awak sehinggakan awak rasa layak untuk jawatan ini?
  • Awak asal di semenanjung kan? Awak sanggup tak dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak? Saya difahamkan ada banyak kekosongan di sana.

Anda berminat nak dapat soalan dan skrip jawapan? Khas untuk temuduga penguasa kastam. Sila isikan nama dan emel anda di bawah:

Soalan Tentang Kementerian Dan Jabatan Kastam

Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan jawatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan pengetahuan kementerian dan jabatan.

Sebagai persediaan, saya syorkan anda untuk kaji dasar-dasar yang dikeluarkan oleh JKDM, misi dan visi JKDM, serta isu-isu semasa berkaitan dengan penyeludupan di Malaysia.

Antara soalan yang popular ditanya berkaitan dengan topik ini ialah, “Apakah visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia?”, tanya panel temuduga.

Selain itu, panel temuduga pernah bertanyakan soalan tentang kes penyeludupan. “Apa pandangan awak dan apa kelemahan yang wujud sehingga kes penyeludupan ini tak pernah selesai?”, tanya panel temuduga.

Anda boleh guna skrip jawapan di bawah untuk menjawab soalan seperti ini.

Pada pandangan saya, perkara ini mungkin disebabkan oleh kekurangan sumber seperti teknologi pengawasan canggih, kakitangan terlatih, dan juga kemudahan infrastruktur yang mencukupi.

Kedua, kelemahan mungkin berpunca daripada faktor dalaman seperti masalah integriti dan rasuah dalam kalangan penguatkuasa undang-undang. Keadaan ini melemahkan usaha penguatkuasaan undang-undang kerana membolehkan penyeludupan berlaku dengan ‘berkat’ dari dalam.

Ketiga, faktor globalisasi dan perdagangan bebas juga mewujudkan peluang yang lebih luas untuk aktiviti penyeludupan. Kesukaran mengawal setiap kargo yang masuk dan keluar disebabkan jumlah perdagangan yang banyak mungkin menjadi salah satu faktor yang memudahkan penyeludupan.

Dalam mengatasi kelemahan ini, saya percaya langkah pertama ialah meningkatkan keupayaan teknikal dan sumber manusia. Ini termasuk pelaburan dalam teknologi pengesanan lanjutan, latihan berterusan untuk kakitangan, dan pembangunan infrastruktur yang memudahkan pemantauan yang berkesan.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • Kenapa awak mahu berkhidmat di bawah JKDM?
  • Apa fungsi JKDM yang awak tahu? Boleh jelaskan tak?
  • Apa yang awak faham dengan logo rasmi JKDM?
  • Awak tahu tak kempen kesedaran yang dianjur oleh JKDM? Boleh saya tahu kempen apa yang awak tahu?
  • Awak tahu tak kerja bawah JKDM ni kena berhadapan dengan tekanan? Awak sanggup ke? Bagaimana cara awak atasi tekanan tu?
  • Gaji petugas kastam ini tidak seberapa. Awak sanggup ke dengan gaji tak seberapa ini kena kena berjauhan dengan keluarga?

Rekomendasi Dari Cikgu

Sekiranya anda inginkan lagi soalan temuduga berserta skrip jawapan lengkap, saya highly recommended kepada anda untuk membaca rujukan pantas ‘Temuduga Penguasa Kastam’ ini.

soalan temuduga kastam

Sila klik butang di bawah untuk download ebook.

Kesemua soalan yang saya kongsikan di atas ini ada di dalam ebook ini. Setiap soalan lengkap dengan skrip jawapan.

Penutup.

Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga penguasa kastam ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti.

Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jangan lupa untuk bookmark page ini bagi memudahkan anda cari semula nanti.