Soalan Temuduga Juruaudit – Adakah anda mencari contoh soalan temuduga juruaudit? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda.
Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi.
Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya mendapat panggilan temuduga ini.
Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga juruaudit ni?
Secara asasnya, terdapat empat topik utama akan ditanya oleh panel temuduga dalam sesi temuduga juruaudit, iaitu:
Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri.
Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, tapi lebih kepada hendak melihat cara anda bercakap.
Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain.
“Sila perkenalkan diri awak”, minta panel temuduga.
Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.
Nama saya Kairul, dan saya berasal dari [tempat asal]. Saya memiliki kelulusan dalam bidang [contoh: Perakaunan atau Kewangan] dari [nama universiti/institusi]. Saya mempunyai pengalaman dalam pengauditan dan perakaunan yang membantu saya memahami dengan mendalam tentang kawalan dalaman, kepatuhan undang-undang, dan analisis kewangan.
Saya seorang yang teliti dan mementingkan ketepatan dalam setiap tugasan yang dilakukan. Sebagai contoh, saya pernah terlibat dalam proses audit tahunan di syarikat saya sebelum ini, yang memerlukan saya menyemak laporan kewangan dan memastikan semuanya mematuhi standard perakaunan yang ditetapkan.
Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, sama ada pihak dalaman organisasi atau klien luar. Saya percaya nilai integriti, akauntabiliti, dan ketelusan sangat penting dalam bidang audit, dan inilah prinsip yang saya pegang dalam menjalankan tugas saya.
Tip menjawab: Fokus jawapan yang menjurus ke arah jawatan juruaudit dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri anda.
Selepas panel dengar jawapan perkenalkan diri, mereka suka bertanya tentang perkembangan semasa tentang diri anda.
“Apakah kerja sementara yang awak lakukan sebelum ini?”, tanya panel temuduga.
Selepas menamatkan pengajian, saya telah mengambil beberapa peluang kerja sementara dalam bidang perakaunan dan kewangan. Saya pernah bekerja sebagai pembantu akaun di sebuah syarikat, di mana saya bertanggungjawab membantu dalam penyediaan laporan kewangan, menyemak invois, dan memastikan rekod perakaunan kemas kini.
Pengalaman ini banyak membantu saya memahami asas-asas pengurusan kewangan dan audit serta mempersiapkan saya untuk tugasan lebih mencabar dalam bidang ini. Saya belajar untuk bekerja dengan cekap di bawah tekanan dan memastikan setiap dokumen kewangan disemak dengan teliti.
Tip menjawab: Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam jawatan juruaudit.
Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.
Berdasarkan kepada pengalaman calon sebelum ini, panel temuduga bertanya kepadanya kenapa dia berminat dengan jawatan ini.
“Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan jawatan juruaudit ni?”, tanya panel temuduga.
Saya berminat dengan jawatan juruaudit ini kerana ia memberi peluang kepada saya untuk memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan dan integriti kewangan sesebuah organisasi.
Saya percaya bahawa juruaudit adalah penjaga yang memastikan segala operasi mematuhi undang-undang dan polisi dalaman, yang akhirnya membantu meningkatkan kepercayaan pihak berkepentingan terhadap syarikat atau organisasi.
Selain itu, saya menikmati tugasan yang memerlukan perhatian kepada perincian, analisis data, dan penyelesaian masalah — yang mana semua ini adalah teras dalam kerja audit.
Saya juga suka bekerja dalam suasana yang memerlukan saya berinteraksi dengan pelbagai jabatan dan pihak luar untuk memastikan segala proses audit berjalan dengan lancar.
Tapi pertanya ini tidak terhenti di situ sahaja. Sebab setiap orang boleh claim apa-apa sahaja yang mereka suka. Kata minat, tapi belum tentu minat tu betul-betul wujud.
Apabila panel temuduga berpuas hati dengan jawapan anda ini, panel akan bertanya pula tentang skop tugas jawatan.
Pastikan anda tahu skop tugas kerana itu akan menjadi bukti sejauh mana minat anda terhadap jawatan juruaudit itu.
“Sebagai seorang juruaudit, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.
Sebagai seorang juruaudit dalaman, tugas saya adalah menilai dan menyemak proses dalaman syarikat bagi memastikan ia berjalan dengan cekap dan mematuhi dasar serta peraturan syarikat. Saya juga bertanggungjawab mengenal pasti sebarang risiko operasi atau kewangan yang boleh memberi kesan negatif kepada syarikat.
Sebahagian besar kerja saya melibatkan pemeriksaan kawalan dalaman, analisis laporan kewangan, dan memastikan syarikat mematuhi undang-undang serta peraturan luar yang berkaitan. Jika terdapat kelemahan dalam sistem atau prosedur, saya akan mencadangkan langkah penambahbaikan bagi mengurangkan risiko dan meningkatkan kecekapan syarikat.
Kebanyakan calon akan gagal dalam temuduga juruaudit ini disebabkan mereka tak tahu apakah skop tugasan mereka akan lakukan nanti.
Minat memang penting, tapi minat sahaja tidak cukup untuk mengukur kesungguhan seseorang itu dengan jawatan. Jika skop tugas pun tak tahu, cukup membuktikan tiada kesungguhan seseorang calon itu dengan jawatan yang mereka minat.
Selain itu, antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa sesi temuduga ialah:
Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan jawatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan pengetahuan kementerian dan jabatan.
Sebagai persediaan, saya syorkan anda untuk kaji dasar-dasar yang dikeluarkan oleh jabatan audit negara, misi dan visi.
Antara soalan yang popular ditanya berkaitan dengan topik ini ialah, “Apakah visi Jabatan Audit Negara?”, tanya panel temuduga.
Visi Jabatan Audit Negara adalah untuk menjadi sebuah Institusi Audit yang lebih bebas, profesional, dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Visi ini menekankan kepentingan kebebasan dalam menjalankan audit tanpa sebarang pengaruh pihak luar serta memastikan laporan audit yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi mengikut standard antarabangsa.
Selain daripada bertanyakan soalan berkaitan visi dan misi, panel juga suka bertanyakan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya JAN.
“Boleh awak ceritakan sedikit sejarah yang anda tahu tentang sistem pengauditan dan Jabatan Audit Negara?”, tanya panel temuduga.
Sebagai calon temuduga, anda wajib tahu tentang sejarah penubuhan JAN, bermula dari tahun 1906.
Sistem pengauditan di Tanah Melayu bermula semasa pentadbiran British pada awal abad ke-20. Pada tahun 1906, W.J.P Hume dilantik sebagai Ketua Audit Negara pertama untuk Negeri Melayu Bersekutu.
Pada tahun 1932, institusi pengauditan digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit di London. Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan tersebut dinamakan Ketua Audit Negara, yang pelantikannya termaktub dalam Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.
Sejak itu, Jabatan Audit Negara bertanggungjawab memastikan ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan sektor awam.
Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:
Anda berminat nak dapat soalan dan skrip jawapan? Khas untuk temuduga juruaudit. Sila isikan nama dan emel anda di bawah:
Apabila bercakap tentang isu semasa berkaitan dengan juruaudit, isu rasuah merupakan isu yang paling kerap selalu muncul di televisyen, akhbar, dan di sosial media.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, sektor pengauditan merupakan sektor tertinggi cenderung terdedah kepada gejala rasuah.
Seperti maklum balas calon temuduga sebelum ini, kerap kali panel temuduga bertanyakan soalan berkaitan dengan rasuah kepada mereka. Boleh dikatakan soalan rasuah soalan killer dalam temuduga juruaudit.
“Apa yang anda faham dengan hadiah? Adakah hadiah dikategorikan sebagai suapan?”, tanya panel temuduga.
Dalam pemahaman saya, hadiah ada segala jenis bentuk pemberian tanpa mengharapkan balasan daripada pemberi hadiah. Hadiah boleh jadi dalam bentuk wang, kenderaan, komisen, cenderamata.
Sekiranya pemberi hadiah menginginkan balasan di atas pemberian hadiah, ketika ini segala pemberian ini dikategorikan sebagai suapan.
Panel temuduga suka bertanyakan soalan menggunakan situasi. Mereka nak tahu adakah anda betul-betul faham apa yang dimanakan dengan rasuah.
“Bayangkan anda berada dalam suatu majlis, penganjur cuba memberi hadiah kepada anda di hadapan hadirin. Adakah anda akan terima hadiah tersebut? Jelaskan kenapa.”, tanya panel temuduga.
Untuk pengetahuan anda, soalan berkaitan rasuah ini boleh dikategorikan soalan kemahiran berfikir. Jika anda bijak dalam menghubung kaitkan nilai integriti dan fakta, ianya mudah untuk anda jawab soalan seperti ini.
Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:
Sekiranya anda mahu mantapkan persediaan anda untuk sesi temuduga akan datang, saya highly recommended untuk anda baca rujukan di bawah.
Sila klik butang di bawah untuk download ebook.
Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga juruaudit ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti.
Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..
Ps.. Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jangan lupa untuk bookmark page ini bagi memudahkan anda cari semula nanti.