8 Tanda-Tanda Temuduga Lulus Dan Diterima

Tanda lulus temuduga – Adakah anda sudah selesai menjalani interview? Tak pasti adakah anda lulus atau gagal? Jom saya kongsikan kepada anda tanda-tanda lulus temuduga.

Sebelum itu, salam perkenalan daripada saya, Cikgu Khairul. Saya berpengalaman semenjak 2009 membantu calon interview untuk mendapatkan kerja idaman mereka.

Kenapa Perlu Tahu Tanda-Tanda Lulus Temuduga?

Menjadi kebiasaan, keputusan interview kerja ini tidak diberikan sejurus sesi interview tamat. Biasanya akan mengambil masa menunggu sekurang-kurangnya dua bulan sehingga tiga bulan untuk keputusan interview ini diumumkan.

Memang itu satu tempoh masa yang lama kepada calon interview untuk menunggu. Tapi, sebenarnya anda sebagai calon interview boleh tahu seawal sesi temuduga lagi sama ada anda ini boleh lulus atau pun tidak.

Nak tahu apa tanda-tanda itu? Jom saya kongsikan kepada anda lapan tanda-tanda temuduga lulus atau ditolak.

8 Tanda-Tanda Lulus Temuduga

Lapan tanda-tanda lulus temuduga ini saya kumpulkan berdasarkan daripada maklumbalas calon untuk sesi temuduga sebelum ini.

1. Kami Akan Menghubungi Anda

Panel temuduga selalunya akan memberi pesanan akhir dengan memberitahu mereka akan menghubungi calon dan mereka ucapkan semoga berjaya.

2. Bertanya Kesanggupan Jika Dihantar Outstation

Panel temuduga juga akan bertanyakan tentang keluarga anda. Jika anda diterima, bagaimana jika mereka hantar anda outstation jauh daripada keluarga.

Jika anda sudah berkahwin, panel akan bertanyakan tentang anak-anak jika mereka perlu berjauhan dengan anda.

“Kalau di hantar posting sabah sarawak suami dan anak-anak macam mana ikut sekali ke?”, tanya panel interview.

“Tak apa sebab saya dah biasa berjauhan dengan ahli keluarga”, jawab calon interview sebelum ini.

3. Bertanya Tentang Kesanggupan Untuk Bekerja

“Boleh ke awak bekerja dengan saya?”. Ini juga merupakan tanda-tanda awal anda interview anda diterima. Calon sebelum ini menceritakan panel interview bertanyakan soalan ini berulang kali kepadanya, dalam 5-6 kali. Dan sekarang dia sudah berjaya mendapat lantikan tetap.

4. Bertanya Tentang Hal Peribadi

Ada juga calon menceritakan panel interview banyak bertanya tentang soalan peribadi. Ini juga merupakan salah satu tanda mereka tertarik dengan diri anda dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

5. Panel Interview Gembira

Ini pula kisah yang dikongsikan salah seorang calon yang lulus untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Ketika interview untuk mock teaching, panel kelihatan gembira semasa menyertai sesi pengajaran.

“Saya buat aktiviti gallery walk masa interview tu. Siap dengan ada wisel lagi. Setiap kali tiup wisel panel mesti gelak-gelak. Dia cakap rasa macam ada dalam kelas betul”, kongsi calon ini dengan nada gembira.

Artikel berkaitan: Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga

6. Bertanya Tentang Kerugian Meninggalkan Kerja Lama

Panel interview juga akan uji anda dengan bertanyakan tentang adakah tak rasa menyesal meninggalkan kerja lama.

“Nanti dapat jawatan ni tak menyesal ke tinggal kerja lama, swasta gaji besar”, tanya panel temuduga.

7. Panel Mengambil Hardcopy Resume

Ini pula perkara yang terjadi masa sesi interview calon S29. Katanya, panel interview mengambil hardcopy resume dalam failnya walaupun dia dah masukkan softcopy ke dalam myresume SPA.

Tambahnya lagi, panel juga bertanyakan notis berhenti kerja sekarang sudah berapa bulan dan jika diterima adakah boleh pindah.

8. Panel Interview Puji Calon

Sekiranya panel interview memuji anda, itu merupakan tanda-tanda awal anda diterima interview. Pengalaman dari seorang calon ini, katanya panel interview memberi peluang kepadanya untuk bertanyakan apa-apa soalan.

“Bernas soalan tuan, terima kasih”, balas panel interview apabila mendengar soalan daripada calon ini.

Penutup

Selepas anda selesai menjalani sesi temuduga, anda terpaksa menunggu sekurang-kurang dua bulan hingga tiga bulan untuk SPA mengumumkan keputusan interview.

Itu merupakan tempoh masa yang lama bagi anda sebagai seorang calon interview. Anda boleh menjadikan tanda-tanda lulus temuduga ini sebagai isyarat awal kepada anda adakah anda lulus ataupun tidak.

Tahukah Anda?

Anda tahu tak apa punca utama ramai calon digagalkan dalam sesi temuduga? Jom baca perkongsian dari panel temuduga ini. Klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *