Contoh Soalan Temuduga Kastam Dan Skrip Jawapan

oleh Cikgu Khairul

Soalan Temuduga Kastam – Adakah anda mencari contoh soalan temuduga kastam? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda.

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi.

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya mendapat panggilan temuduga ini.

Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga kastam ni?

4 Topik Soalan Temuduga Kastam

Secara asasnya, terdapat empat topik utama akan ditanya oleh panel temuduga dalam sesi temuduga kastam, iaitu:

  • Soalan tentang diri anda.
  • Soalan berkaitan jawatan.
  • Soalan berkaitan kementerian dan jabatan kastam.
  • Soalan berkaitan isu semasa.

Soalan Tentang Diri Anda

Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri. 

Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, tapi lebih kepada hendak melihat cara anda bercakap.

Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain.

“Sila perkenalkan diri awak”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Izzat bin Ismail. Walaupun kecemerlangan akademik adalah salah satu kelebihan saya, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah saya dulu.

Saya memiliki minat yang mendalam dalam aktiviti sosial dan kegiatan luar kelas kerana ia membentuk keperibadian dan keterampilan saya.

Dengan sikap berdisiplin dan amanah yang saya miliki, saya yakin saya dapat melaksanakan tanggung jawab dengan baik dalam jawatan ini.

Tip menjawab: Fokus jawapan yang menjurus ke arah jawatan kastam dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri anda.

Selepas panel dengar jawapan perkenalkan diri, mereka suka bertanya tentang perkembangan semasa tentang diri anda.

“Apakah kerja sementara yang awak lakukan sebelum ini?”, tanya panel temuduga.

Selepas menamatkan peperiksaan SPM, saya berkesempatan bekerja sebagai juruwang di kedai milik pakcik saya.

Selama di sana, saya mengasah kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai jenis pelanggan, memupuk kesabaran dalam menangani karenah mereka, serta mendapatkan pengalaman dalam membuat keputusan yang tepat dan pantas.

Saya yakin, pengalaman ini memberikan asas yang kuat bagi saya untuk berinteraksi dan berurusan dengan masyarakat dengan lebih efisien.

Dan saya percaya pengalaman ini amat berguna untuk menjadi jawatan kastam ini.

Tip menjawab: Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam jawatan kastam.

Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.

Soalan Berkaitan Jawatan.

Berdasarkan kepada pengalaman calon sebelum ini, panel temuduga bertanya kepadanya kenapa dia berminat dengan jawatan ini.

“Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan jawatan kastam ni?”, tanya panel temuduga.

Pertama sekali, saya mempunyai minat yang kuat dalam bidang undang-undang, perdagangan antarabangsa dan pengurusan kewangan. Jawatan kastam ini, yang merangkumi penyeliaan dan pelaksanaan undang-undang kastam dan kutipan eksais, adalah persilangan antara semua kepentingan saya.

Saya melihat ini sebagai peluang untuk menggunakan pengetahuan saya dan pada masa yang sama, mempelajari dengan lebih mendalam tentang aspek kritikal yang membentuk ekonomi negara kita.

Tapi pertanya ini tidak terhenti di situ sahaja. Sebab setiap orang boleh claim apa-apa sahaja yang mereka suka. Kata minat, tapi belum tentu minat tu betul-betul wujud.

Apabila panel temuduga berpuas hati dengan jawapan anda ini, panel akan bertanya pula tentang skop tugas jawatan.

Pastikan anda tahu skop tugas kerana itu akan menjadi bukti sejauh mana minat anda terhadap jawatan kastam itu.

“Sebagai seorang anggota kastam, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.

Sebagai seorang anggota kastam, tugas utama saya ialah memastikan pengumpulan cukai dilakukan dengan efisien dan efektif. Saya akan bekerja secara langsung dalam proses pengumpulan dan pengurusan cukai yang melibatkan import dan eksport barangan, yang merupakan salah satu sumber utama pendapatan negara.

Saya juga bertanggungjawab untuk memberikan fasilitasi kepada sektor perdagangan dan industri. Ini bermaksud saya akan berada di barisan hadapan untuk memudahkan urusan perdagangan lintas negara melalui proses kastam yang lancar dan mematuhi semua peraturan yang berkaitan.

Dalam menjalankan tugas-tugas ini, saya akan sentiasa mengutamakan pematuhan terhadap perundangan kastam yang sedia ada. Ini bukan sahaja untuk memastikan bahawa semua barangan yang masuk dan keluar dari negara kita adalah sah dan tidak melanggar undang-undang, tetapi juga untuk melindungi kepentingan ekonomi, sosial, dan keselamatan negara kita.

Kebanyakan calon akan gagal dalam temuduga kastam ini disebabkan mereka tak tahu apakah skop tugasan mereka akan lakukan nanti.

Minat memang penting, tapi minat sahaja tidak cukup untuk mengukur kesungguhan seseorang itu dengan jawatan. Jika skop tugas pun tak tahu, cukup membuktikan tiada kesungguhan seseorang calon itu dengan jawatan yang mereka minat.

Selain itu, antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa sesi temuduga ialah:

  • Apa persediaan awak baca hadir temuduga?
  • Apa yang awak faham dengan tugas jawatan kastam ini?
  • Apakah ciri-ciri yang ada pada awak sehinggakan awak rasa layak untuk jawatan ini?
  • Awak asal di semenanjung kan? Awak sanggup tak dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak? Saya difahamkan ada banyak kekosongan di sana.

Soalan Berkaitan Kementerian Dan Jabatan Kastam

Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan jawatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan pengetahuan kementerian dan jabatan.

Sebagai persediaan, saya syorkan anda untuk kaji dasar-dasar yang dikeluarkan oleh JKDM, misi dan visi JKDM.

Antara soalan yang popular ditanya berkaitan dengan topik ini ialah, “Apakah visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia?”, tanya panel temuduga.

KDM mempunyai visi “Kastam Peneraju Kemakmuran Negara”. Dalam memastikan visi ini tercapai, terdapat beberapa dasar dan polisi dalam JKDM yang diterapkan dalam pengurusan.

Selain daripada bertanyakan soalan berkaitan visi dan misi, panel juga suka bertanyakan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya JKDM.

“Boleh awak ceritakan sedikit sejarah yang anda tahu tentang sistem percukaian dan JKDM?”, tanya panel temuduga.

Sebagai calon temuduga, anda wajib tahu tentang sejarah penubuhan JKDM, bermula daripada sistem percukaian pada Kerajaan Melayu Melaka.

Sejarah percukaian negara bermula semenjak Kerajaan Melayu Melaka lagi. Ketika itu, tugas memungut cukai dikawal oleh Penghulu Bendahari.

Seterusnya, undang-undang Revenue Farms Enactment (1904) diperkenalkan dengan memberi tanggungjawab kepada Pengawal Kastam. Pengawal ini ditugaskan untuk mengurus aktiviti kutipan cukai barang import, minuman keras dan jualan candu melalui Tax Farming System.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, struktur pentadbiran negara telah disusun semula. Ketika itu, pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Apabila soalan berkaitan sejarah ditanya, selalunya panel temuduga pasti akan bertanyakan bagaimana perkataan ‘Diraja’ boleh wujud dalam JKDM.

“Bagaimana perkataan ‘Diraja’ boleh ada dalam JKDM? Boleh awak ceritakan kepada saya bagaimana perkara ini boleh berlaku?”, pinta panel temuduga.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • JKDM di bawah kementerian apa?
  • Selain JKDM, apa lagi jabatan atau agensi di bawah kementerian itu?
  • Apakah peranan JKDM yang anda tahu?
  • Bagaimana JKDM mendapat kuasa dalam memungut hasil negara? Boleh anda ceritakan kepada saya?
  • Awak tahu apa itu kod etika kastam?
  • Apakah kepentingan kod etika ini dalam pentadbiran JKDM?
  • Boleh anda sebutkan dasar atau polisi JKDM yang anda tahu?
  • Apa yang terkandung dalam Pelan Strategik JKDM 2020/2024?
  • Boleh anda huraikan salah satu daripada fokus utama Pelan Strategik itu?

Anda berminat nak dapat soalan dan skrip jawapan? Khas untuk temuduga kastam. Sila isikan nama dan emel anda di bawah:

Soalan Berkaitan Isu Semasa.

Apabila bercakap tentang isu semasa berkaitan dengan kastam, isu rasuah merupakan isu yang paling kerap selalu muncul di televisyen, akhbar, dan di sosial media. 

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, sektor perkastaman merupakan sektor tertinggi cenderung terdedah kepada gejala rasuah.

Seperti maklum balas calon temuduga sebelum ini, kerap kali panel temuduga bertanyakan soalan berkaitan dengan rasuah kepada mereka. Boleh dikatakan soalan rasuah soalan killer dalam temuduga kastam.

“Apa yang anda faham dengan hadiah? Adakah hadiah dikategorikan sebagai suapan?”, tanya panel temuduga.

Dalam pemahaman saya, hadiah ada segala jenis bentuk pemberian tanpa mengharapkan balasan daripada pemberi hadiah. Hadiah boleh jadi dalam bentuk wang, kenderaan, komisen, cenderamata.

Sekiranya pemberi hadiah menginginkan balasan di atas pemberian hadiah, ketika ini segala pemberian ini dikategorikan sebagai suapan.

Panel temuduga suka bertanyakan soalan menggunakan situasi. Mereka nak tahu adakah anda betul-betul faham apa yang dimanakan dengan rasuah.

“Bayangkan anda berada dalam suatu majlis, penganjur cuba memberi hadiah kepada anda di hadapan hadirin. Adakah anda akan terima hadiah tersebut? Jelaskan kenapa.”, tanya panel temuduga.

Untuk pengetahuan anda, soalan berkaitan rasuah ini boleh dikategorikan soalan kemahiran berfikir. Jika anda bijak dalam menghubung kaitkan nilai integriti dan fakta, ianya mudah untuk anda jawab soalan seperti ini.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • Adakah ada peraturan berkaitan dengan pemberian hadiah dalam kakitangan kerajaan? Jika ada, boleh saya tahu apa peraturan itu?
  • Adakah kakitangan kerajaan tak boleh terima hadiah langsung?
  • Berdasarkan kepada statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, sektor perkastaman adalah sektor paling tinggi kepada kecenderungan gejala rasuah. Pada pendapat anda, kenapa perkara ini boleh berlaku?

Koleksi Soalan Temuduga Kastam

Sekiranya anda inginkan lagi soalan temuduga berserta skrip jawapan lengkap, saya highly recommended kepada anda untuk membaca rujukan pantas ‘Koleksi 100 Soalan Temuduga Kastam’ ini.

soalan temuduga kastam

Kesemua soalan yang saya kongsikan di atas ini ada di dalam ebook ini. Setiap soalan lengkap dengan skrip jawapan. Sila klik butang di bawah untuk download ebook.

Penutup.

Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga kastam ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti.

Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jangan lupa untuk bookmark page ini bagi memudahkan anda cari semula nanti.